Wednesday 13 March 2013


Koperasi Ukhwah adalah antara ratusan koperasi kredit yang menawarkan pembiayaan peribadi kepada kakitangan kerajaan di Malaysia. Walaubagaimanapun, Koperasi Ukhwah bukan sekadar memberi pinjaman dan membiarkan anggotanya tanpa mendapat sebarang keistimewaan atau kelebihan tetapi Koperasi Ukhwah begitu gigih dan komited dalam menjamin kebajikan anggota dan menawarkan beberapa kemudahan yang sungguh istimewa kepada anggotanya.

Walaupun keuntungan adalah teras di dalam perniagaan tetapi Koperasi Ukhwah tetap mengamalkan prinsip kebajikan dan membantu sesama insan.. Justeru itu, ianya dapat dilihat melalui slogan atau "tagline" yang diterapkan "Susah Senang Kita Sentiasa Bersama" telah menjadi Iltizam Koperasi Ukhwah untuk membela anggotanya untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.

Koperasi Ukhwah juga bolehlah dianggap sebagai "One Stop Centre" untuk anggota-anggotanya dimana pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang istimewa dan berpatutan telah ditawarkan di sini. Ditambah pula dengan pembiayaan peribadi ini, kini setiap anggotanya mampu menyelesaikan segala masalah dan impian yang tertangguh akan mampu direalisasikan dengan mudah dan senang.

Berikut di antara kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Koperasi Ukhwah kepada setiap anggotanya :-


KELEBIHAN DAN FAEDAH KELAB UKHWAHCARE

  • KHAIRAT KEMATIAN
         - sumbangan akan diberikan sekiranya berlaku kematian anggota atau pasangannya.

  • KEBAJIKAN UKHWAH CARE
         - antara sumbangan lain yang akan diberikan kepada anggota adalah seperti
           1) Bantuan Perkahwinan 2) Kelahiran Anak 3) Dermasiswa IPTA

  • PENGINAPAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR
         - Koperasi Ukhwah menyediakan kemudahan penginapan di kawasan elit kepada anggota-           anggota yang ingin bermalam dan menikmati panorama indah  bandaraya Kuala     Lumpur.Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. D iantara lokasi yang ditawarkan adalah seperti :
 
1) Villa Ukhwah, Taman Tasik Tititwangsa
2) Seven  Residence, Medan Tuanku
3) Villa Casabella, Sunway

  • AGEN TAKAFUL
        - menawarkan perkhidmatan perlindungan takaful am dan bermotor kepada semua anggota     koperasi dan rebat khas buat anggota yang layak

  • PAKEJ UMRAH ZIARAH
        - anggota Koperasi Ukhwah berpeluang menikmati diskaun bagi setiap pakej umrah dan ziarah melalui UQ Travel.

  • KEMUDAHAN AGENSI PELANCONGAN
        - menawarkan kemudahan e-tiket dan pakej-pakej dengan kadar yang menarik.

  • PERKHIDMATAN CO-OP ASSIST
        - bantuan kemalangan dan penundaan kenderaan percuma kepada anggota.

  • KEMUDAHAN PUSAT PERUBATAN CO-OP
        - kami menawarkan perkhidmatan yang profesional pada kadar yang berpatutan.

Selain daripada faedah dan kemudahan yang ditawarkan di atas untuk setiap anggota Koperasi Ukhwah, kami juga menawarkan pelbagai lagi perkhidmatan yang lebih mudah dan efisien untuk pengguna dan anggotanya. Diantaranya adalah seprti :

1)  RESTORAN RAKYAT 1MALAYSIA

- restoran rakyat  yang pertama di Malaysia memperkenalkan harga mampu bayar untuk bersarapan pagi pada kadar RM1. Dengan bertemakan konsep Rakyat dan Satu Malaysia, restoran ini menyediakan pelbagai juadah dalam suasana yang penuh dengan keselesaan  dan dengan harga yang berpatutan.


2)  AR-RAHNU UKHWAH

-  Koperasi Ukhwah juga menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam yang berkualiti kepada para pengguna dan ahlinya. Ianya bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para individu yang mengalami kesulitan dan memerlukan wang segera dengan mengadaikan barang kemas.

3)  UKHWAH COMPUTER

-  menawarkan pelbagai pakej menarik untuk servis komputer. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah serendah RM60. Selain itu, Ukhwah Computer juga menawarkan pelbagai gajet, komputer, tablet dan perkhidmatan network pada harga yang berpatutan.

4)  UKHWAH CHARITY SHOP

-  merupakan salah satu rangkaian perniagaan Koperasi Ukhwah yang mengamalkan konsep " Berbelanja Sambil Beramal". Pelbagai barangan-barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik dan ditawarkan pada harga yang rendah. Antara barangan yang terdapat seperti pakaian, cenderamata, aksesori, beg tangan, kasut, tali pinggang dan banyak lagi. Barang-barang jualan ini hasil dari sumbangan orang ramai. Barangan ini akan dijualkan kepada orang ramai dengan kadar harga yang rendah mengikut jenis dan kualiti barangan. Hasil dari jualan ini akan digunakan kepada pesakit kronik, pesakit daif, anak-anak yatim, kanak-kanak terbiar, orang kurang upaya dan warga emas.

Justeru itu, Koperasi Ukhwah bukan sahaja menawarkan pembiayaan peribadi bahkan juga memgambil berat tentang keperluan anggotanya dan juga menjadi satu platform yang kuat dan jitu dalam membudayakan masyarakat untuk  "BERKOPERASI" dikalangan kakitangan kerajaan di Malaysia. Semoga usaha ini akan diberkati dan berkekalan hendak-Nya..



Saturday 2 March 2013

Ukhwah Cash-i adalah pinjaman peribadi terkini hasil kerjasama Maybank Islamic dan Koperasi UKHWAH. Skim pembiayaan ini adalah khas untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih sahaja. menawarkan kepada pemohon melalui Pembiayaan Islamik 'Bai Al Inah". Tidak perlu penjamin dan juga cagaran.

Melalui skim pinjaman peribadi Maybank Islamic dan Koperasi Ukhwah ini, mereka yang layak boleh memohon untuk mendapatkan pinjaman sehingga RM200,000.00. Kadar faedah yang ditawarkan adalah serendah 4.35% setahun dengan tempoh bayaran balik sehingga 20 tahun.


Kemudahan pembiayaan peribadi Ukhwah Cash-i ialah menawarkan tunai sekaligus kepada pelanggan. Ianya dikhaskan kepada kakitangan kerajaan melalui koperasi dengan bayaran bulanan di potong melalui Biro Perkhidmatan Angkasa. Pemohon boleh menggunakannya untuk kegunaan persendirian, pendidikan, baiki rumah, penyusunan semula liabiliti dan lain-lain.

Ciri-ciri pinjaman peribadi yang ditawarkan adalah seperti berikut :
1. Kadar Keuntungan :
  • 2-3 tahun- 4.35%
  • 4-10tahun- 4.65%
  • 11-20tahun - 4.99%
2. Jumlah Pembiayaan : Minimum RM2000
3. Maksimum RM200,000
4. Tempoh Pembiayaan : Dari 2 tahun sehingga 20 tahun
5. Pembiayaan bertindih (Overlapping) dibenarkan.

Rekod CCRIS tidak diambil kira semasa proses permohonan. Manakala untuk rekod CTOS, hendaklah tidak MELEBIHI RM30.000 baki tertunggak. Sekiranya melebihi jumlah tersebut, permohonan hanya boleh diluluskan dengan syarat pemohon bersetuju agar sebahagiannya adalah untuk selesaikan baki pinjaman yang disenarai hitam tersebut.

Borang pinjaman pembiayaan peribadi Ukhwah Cash-i ini boleh diambil di mana-mana cawangan Maybank berhampiran anda atau melalui ejen Koperasi UKHWAH yang berdaftar. Atau dapatkan maklumat sekarang:
Pinjaman Peribadi Koperasi - Ukhwah Cash-i
Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad, kini merupakan antara koperasi pilihan untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Mensasar dan menawarkan pembiayaan khusus kepada Kakitangan Kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan pekerja syarikat GLC Malaysia. Antara perniagaan lain yang dijalankan selain memberi pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan ialah Ar-rahnu, Hartanah, Travel and Tour dan Restoran 1 Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1998, Koperasi Ukhwah bukan sahaja memberi sumber pembiayaan tetapi turut memelihara kebajikan ahlinya dengan berkonsepkan membantu sesama insan. Antaranya:
  • Menyumbang derma kepada keluarga miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.
  • Program sumbangan pendidikan dan sekolah.
  • Bantuan perniagaan kepada mereka yang berkelayakan.
Koperasi Ukhwah ketika ini giat menjalinkan kerjasama strategik bersama-sama Maybank Islamic dalam menyediakan produk pembiayaan peribadi kepada seluruh kakitangan kerajaan di Malaysia. Melalui dana yang disalurkan oleh pihak Maybank Islamic, memberikan kelebihan untuk menawarkan kadar faedah atau keuntungan terendah kepada ahli atau peminjam khususnya. Produk pembiayaan Peribadi-i adalah hasil kerjasama antara kedua pihak dan dihasilkan berpandukan syariah Islam.

Nota: Ukhwah Cash-i adalah produk pinjaman peribadi Maybank/ Koperasi Ukhwah terkini.
Melalui pengalaman dalam bidang pemasaran selama lebih 6 tahun dengan Institusi Kewangan tempatan, kami yakin dan mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan dan bakal pelanggan Koperasi Ukhwah Bhd. Justeru itu, kami ingin membina hubungan serta rangkaian dengan individu, institusi kewangan dan pelbagai pihak lain yang ingin mencari peluang perniagaan.
Berkuatkuasa 28 Ogos 2012, Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad telah melantik Ilham Sinergi Resources (Co.No.SA 0231917 D) sebagai agensi pemasaran berdaftar bagi memasarkan produk Pembiayaan Peribadi-i. 

Bersandarkan kekuatan dan rekod pengurusan yang baik serta kerjasama bersepadu dengan Maybank Islamic, Koperasi Ukhwah akan menjadi antara koperasi kredit yang aktif dan kompetitif dalam menawarkan skim pinjaman peribadi Islamik kepada kakitangan kerajaan di seluruh Malaysia.
Terdapat banyak koperasi berlesen yang menawarkan skim pinjaman peribadi khusus untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Ada juga yang menawarkan kepada kakitangan swasta dan agensi kerajaan  terpilih terutamanya syarikat senaraian awam yang menyediakan khidmat potongan gaji majikan. Kaedah ini adalah lebih efektif dan selamat bagi memastikan bayaran balik pinjaman dapat dilakukan oleh pemimjam.

Manakala bagi peminjam pula, pinjaman koperasi adalah alternatif terbaik untuk mendapatkan pembiayaan jika telah disenarai hitam oleh pihak bank. Bagaimana pun terdapat beberapa koperasi yang ditubuhkan khusus untuk kepentingan sesuatu agensi atau organisasi dengan menyediakan skim pembiayaan peribadi.

Senarai Koperasi Berlesen Di Malaysia
Terdapat begitu banyak koperasi yang menyediakan khidmat pinjaman. Ada yang ditubuhkan mengikut keperluan di negeri masing-masing. Berikut adalah antara senarai 10 koperasi yang aktif serta sering menjadi pilihan dan mempunyai ramai ejen yang bergiat cergas mempromosikan skim-skim terkini:

  1. KOPERASI KOWAJA
  2. KOPERASI UKHWAH
  3. KOPERASI PUNB
  4. KOPERASI KOWAMAS
  5. KOPERASI KOBETA
  6. KOPERASI MAJU
  7. KOPERASI GEMILANG
  8. KOPERASI AID
  9. KOPERASI KUASA
  10. KOPERASI IKHTIAR
Kewujudan banyak koperasi ini sedikit sebanyak membantu dan memberi kelebihan kepada peminjam untuk  mendapatkan sumber pembiayaan. Manakala dengan bantuan ejen koperasi pula, pasti akan memudahkan anda untuk mendapatkan tawaran pinjaman yang paling sesuai.


Terkini, melalui kerjasama dengan syarikat kewangan dan bank-bank tempatan membolehkan pihak koperasi untuk menawarkan kadar faedah terendah serta berbagai lagi tawaran menarik kepada bakal peminjam.

Kepada pemohon yang gagal mendapatkan pinjaman bank kerana telah disenarai hitam atau bebanan tinggi serta mempunyai rekod CTOS dan CCRIS, maka pinjaman koperasi adalah alternatif terbaik bagi mendapatkan pembiayaan peribadi.

Friday 1 March 2013

Meminjam wang untuk membiayai sesuatu tujuan peribadi sudah menjadi satu keperluan masa kini. Kebanyakan pinjaman peribadi ini adalah untuk digunakan bagi mengatasi sesuatu masalah kekurangan wang atau tunai ditangan. Namun ada juga yang meminjam wang secara suka-suka dan ada juga yang meminjam untuk tujuan pelaburan.

Cara Mendapatkan Pinjaman Peribadi
Terdapat banyak cara untuk mendapatkan pembiayaan peribadi samada secara sah iaitu melalui agensi yang berlesen atau pinjaman yang tidak sah iaitu melalui pihak yang lebih popular dipanggil 'Along'. Kaedah yang lebih mudah dan selamat adalah membuat pinjaman peribadi melalui bank-bank tempatan dan juga melalui koperasi yang berlesen.

Hampir semua bank di Malaysia ada menawarkan pembiayaan peribadi samada secara skim pinjaman konvensional ataupun Islamik. Antara yang paling popular sekarang ini dikalangan kakitangan kerajaan dan swasta adalah Bank Rakyat. Manakala MBSB pula semakin terkenal kerana begitu giat mempromosikan skim pembiayaan peribadi mereka. Tetapi antara faktor utama yang menarik minat peminjam adalah kerana proses permohonan yang lebih longgar terutama melalui kaedah potongan gaji majikan serta menawarkan skim yang dikenali sebagai pembiayaan bertindih atau overlapping loan.

Pinjaman Koperasi Dan Syarikat Kewangan
Kebanyakan koperasi dan syarikat kewangan berlesen pula mensasarkan pinjaman kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan juga untuk agensi kerajaan terpilih. Coshare antaranya adalah pelopor dalam memberikan pembiayaan peribadi melalui skim potongan gaji majikan. Bagaimana pun sekarang ini terdapat berbagai koperasi yang menawarkan skim pinjaman peribadi kepada kakitangan dan agensi kerajaan.

Halangan Untuk Mendapatkan Pinjaman
Bank Negara Malaysia sentiasa menggariskan syarat dan panduan tertentu bagi kelayakan untuk mendapatkan sumber pembiayaan daripada pihak bank amnya. Terma seperti CTOS, CCRIS dan juga BLACKLIST sudah amat sinonim bagi peminjam. Faktor inilah yang merupakan halangan terbesar bagi peminjam dan menyebabkan mereka mencari alternatif lain untuk mendapatkan sumber pinjaman samada melalui koperasi, syarikat pinjaman wang berlesen ataupun paling mudah melalui Along.

Anda mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk mendapatkan sumber pembiayaan. Dalam suasana ekonomi sekarang dimana apabila perbelanjaan melebihi pendapatan, menjadi mangkin untuk seseorang itu mencari sumber wang atau dana mudah. Maka mendapatkan pinjaman peribadi adalah alternatif atau option utama yang sentiasa bermain diminda. Tetapi harus diingat, ianya hanyalah jalan penyelesaian yang bersifat sementara dan mungkin boleh menjadi bebanan selama-lamanya!
Blogger Theme by Lasantha | Disediakan Oleh Servis Bina Blog