Koperasi Ukhwah adalah antara ratusan koperasi kredit yang menawarkan pembiayaan peribadi kepada kakitangan kerajaan di Malaysia. Walaubagaimanapun, Koperasi Ukhwah bukan sekadar memberi pinjaman dan membiarkan anggotanya tanpa mendapat sebarang keistimewaan atau kelebihan tetapi Koperasi Ukhwah begitu gigih dan komited dalam menjamin kebajikan anggota dan menawarkan beberapa kemudahan yang sungguh istimewa kepada anggotanya.
Walaupun keuntungan adalah teras di dalam perniagaan tetapi Koperasi Ukhwah tetap mengamalkan prinsip kebajikan dan membantu sesama insan.. Justeru itu, ianya dapat dilihat melalui slogan atau "tagline" yang diterapkan "Susah Senang Kita Sentiasa Bersama" telah menjadi Iltizam Koperasi Ukhwah untuk membela anggotanya untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.
Koperasi Ukhwah juga bolehlah dianggap sebagai "One Stop Centre" untuk anggota-anggotanya dimana pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang istimewa dan berpatutan telah ditawarkan di sini. Ditambah pula dengan pembiayaan peribadi ini, kini setiap anggotanya mampu menyelesaikan segala masalah dan impian yang tertangguh akan mampu direalisasikan dengan mudah dan senang.
Berikut di antara kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Koperasi Ukhwah kepada setiap anggotanya :-
KELEBIHAN DAN FAEDAH KELAB UKHWAHCARE
- KHAIRAT KEMATIAN
- KEBAJIKAN UKHWAH CARE
1) Bantuan Perkahwinan 2) Kelahiran Anak 3) Dermasiswa IPTA
- PENGINAPAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR
- AGEN TAKAFUL
- PAKEJ UMRAH ZIARAH
- KEMUDAHAN AGENSI PELANCONGAN
- PERKHIDMATAN CO-OP ASSIST
- KEMUDAHAN PUSAT PERUBATAN CO-OP
Selain daripada faedah dan kemudahan yang ditawarkan di atas untuk setiap anggota Koperasi Ukhwah, kami juga menawarkan pelbagai lagi perkhidmatan yang lebih mudah dan efisien untuk pengguna dan anggotanya. Diantaranya adalah seprti :
1) RESTORAN RAKYAT 1MALAYSIA
- restoran rakyat yang pertama di Malaysia memperkenalkan harga mampu bayar untuk bersarapan pagi pada kadar RM1. Dengan bertemakan konsep Rakyat dan Satu Malaysia, restoran ini menyediakan pelbagai juadah dalam suasana yang penuh dengan keselesaan dan dengan harga yang berpatutan.
2) AR-RAHNU UKHWAH
- Koperasi Ukhwah juga menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam yang berkualiti kepada para pengguna dan ahlinya. Ianya bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para individu yang mengalami kesulitan dan memerlukan wang segera dengan mengadaikan barang kemas.
3) UKHWAH COMPUTER
- menawarkan pelbagai pakej menarik untuk servis komputer. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah serendah RM60. Selain itu, Ukhwah Computer juga menawarkan pelbagai gajet, komputer, tablet dan perkhidmatan network pada harga yang berpatutan.
4) UKHWAH CHARITY SHOP
- merupakan salah satu rangkaian perniagaan Koperasi Ukhwah yang mengamalkan konsep " Berbelanja Sambil Beramal". Pelbagai barangan-barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik dan ditawarkan pada harga yang rendah. Antara barangan yang terdapat seperti pakaian, cenderamata, aksesori, beg tangan, kasut, tali pinggang dan banyak lagi. Barang-barang jualan ini hasil dari sumbangan orang ramai. Barangan ini akan dijualkan kepada orang ramai dengan kadar harga yang rendah mengikut jenis dan kualiti barangan. Hasil dari jualan ini akan digunakan kepada pesakit kronik, pesakit daif, anak-anak yatim, kanak-kanak terbiar, orang kurang upaya dan warga emas.
Justeru itu, Koperasi Ukhwah bukan sahaja menawarkan pembiayaan peribadi bahkan juga memgambil berat tentang keperluan anggotanya dan juga menjadi satu platform yang kuat dan jitu dalam membudayakan masyarakat untuk "BERKOPERASI" dikalangan kakitangan kerajaan di Malaysia. Semoga usaha ini akan diberkati dan berkekalan hendak-Nya..